Wednesday 9 July 2014

Tidurlah wahai si mata.. esok operasi menjemput bidan ^_^

 Tidurlah mata oo tidorlah mata.. haha.. berdondang sayang plak aku.. pukul 1 pagi mcmni rajin pulak ayam ni berkokok2.. -.-'

Hah! Nak story mory ni.. esok lepas sahur, lepas subuh. Jangan sesekaliku terlupa tugasku mengambil bidan. Ni adalah arahan daripada kakak iparku yang baru sahaja melahirkan baby. Hihi.. baby pun tak letak lagi nama. Kalau korang suka nama ape? Meh komen dan berikan cadangan nama untuk baby shaklee ni.. hihi..

haa.. sebut pasal bidan ni. Kami panggil bidan ni 'Wan Amok'. Emak suruh panggil nama ni. Lagipun uwan ni lah sambut kami dulu. Daripada kakakku sampailah ke aku ni. Bab2 perbidanan bagi kat uwan ni je. Memang terbaik!! Korang nak tau tak nak basuh uri dan tanam uri pun ada step taw. Selama ni tak tau pun. Nak cerita ke stepnya? Korang nak tau? Hihi..

Bidan kampung pekerja paling mulia aku rasa.. bantu mak-mak kita.. urut orang berpantang. Aku rasa pekerjaan ni memang tabik hormatlah. Yelah, cuba bayangkan.. kalau kite nak mengurut, nak kene ada ilmu juga. Nak cari akar kayu lagi. Walaupun aku belajar kayu? Pokor akar kayu pun aku tak tau.. haha.. aku pernah belajar pokok tongkat ali je dulu. Nama saintifiknya paling aku ingat Eurycoma Longifolia.  Hah! Masuk bab kayu dah.. haha...



Tengok ni.. kan saya kata mulia (from en google) 



Wah! Nak jadi bidan terjunlah., hihi





Hah.. barulah mata ni dah mula mengantuk.. antuknya mata kite.. antuknya.. haha.. rasa nak pelempang je kan cakap macamni.. hihi..

GOOD NITE BEAUTIFUL PEOPLE 
♡♥♡♥♡


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...