Monday 22 February 2016

RESEPI : SALMON GRILL


Sumber Google

* Maaf gambar lupa nak snap masa buat tu. Next time kalau buat, saya snap okeh :)


Sodap eh salmon grill...
Semalam la tengok rancangan TV3 iaitu Jalan-jalan cari makan. Terus terliur taw... 
Teringat percubaan kali pertama bersama mak.. fuhh.. sodap yang amat! Berjaya!
Kalah restoran dengan air tangan mak den.. haha.. over betoi faizah kan!

Nak tahu kebaikan ikan salmon ni? Banyak..antaranya;
  • sebagai sumber protein untuk tubuh badan. Protein daripada ikan salmon ni lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Protein daripada ikan salmon ini gak tidak mempunyai bahan yang boleh menjadi punca kanser seperti sumber protein lain.
  • Omega-3 dan DHA yang banyak terdapat dalam ikan salmon boleh membantu mengelakkan masalah mata kering yang teruk. Omega-3 ini juga membantu mengurangkan keradangan mata. (Tak sangka omega 3 pun baik untuk masalah symptom mata kering.. kalau begitu telan omega shaklee la.. best2. ingatkan caratomax shaklee je membantu masalah symptom ni)
  • Ikan salmon ini juga mempunyai vitamin D yang membantu fungsi otak. Daya ingatan dan risiko kemurungan juga boleh dielakkan.
  • Kebaikan ikan salmon juga membantu mengurangkan risiko terkena penyakit Alzheimer dan Parkinson di usia lanjut.
  • Melalui Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon ni, boleh melindungi sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk membantu kulit lebih sihat. (Untungnya kan... tak sangka. Makan collagen shaklee pun saya dapat kolagennya. lepas tu makan lagi salmon. Berkilo-kilo untungnya.. bertambah kolagen dalam badan.. hahaha)
  • Ikan salmon pun baik untuk ibu-ibu mengandung ye.


Apa pula kebaikan ikan salmon kepada ibu mengandung?


1) Baik untuk perkembangan otak
2) Meningkatkan kesihatan mata
3) Mengurangi tekanan darah tinggi
4) Melindungi tubuh dari radikal bebas
5) Mencegah penyakit jantung
6) Melindungi kulit
7) Mengurangi tekanan hidup
8) Mengurangi risiko leukemia
Lagi satu perkara paling penting untuk ibu mengandung ketahui, elakkan mengambil salmon mentah / tidak dimasak, dikhuatiri tercemar dengan bakteria dan boleh memberi impak yang buruk kepada bayi dalam kandungan.

Sumber Google

Jom grill Salmon! sedapnya! Leleh air liur...


So, saya cadangkan korang jangan bazir duit pergi makan ikan salmon kat restoran mewah2 ke. hihi. Ni nak ajar korang save budget. Korang beli ikan salmon kat Giant ke Tesco kan. Time saya beli ni ada sale. Memang berbaloi la beli. Beli pun masa tu tak tahu nak buat apa.
Apalagi kitorang google2, jumpa resepi Salmon Grill. Apa lagi.. buatlah haritu je. Tapi test sekeping je.. hihi. Sekeping makan 4 mulut. haha.. bayangkan. Pastu berebut dengan abang..kiki.. esok buat lebih.. sodap yang amat!
Tiru je resepi kat blog-blog, pasti jadi 
smile emoticon




RESEPI SALMON GRILL:

Bahan-bahan:
  • Ikan Salmon 
  • Garam halus
  • Bawang putih 
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Oregano
  • Minyak Zaitun
  • Lemon atau limau nipis
Cara penyediaan:

1. Sediakan salmon dalam 2 keping.

2. Cara perap ikan salmon: Kisarkan bawang putih sebanyak 2 ulas (ikut suka hati berapa ulas, kalau suka bawang putih lebihkan)

3. Selepas itu lumurkan bawang putih dikisar di atas 2 keping salmon.

4. Kemudian lumurkan juga lada sulah, lada hitam dan oregano ( ni beli je kat tesco. Dalam botol pelbagai ada.. oregano ada, parsley ada. yang suka buat spageti mesti tau benda ni :))

5. Apabila sudah dilumurkan kesemua bahan tadi, ambil olive oil.. lumurkan keseluruhan salmon tersebut. 

6. Akhir sekali, perahkan dengan lemon.Jika tiada lemon di rumah, limau nipis pun boleh. 

7. Setelah siap yang terakhir ini dengan perahan limau ke atas salmon tadi, perapan ini perlulah dimasukkan ke dalam peti ais selama 15 minit -20 minit. Tapi time ni tak ingat berapa minit. haha.. rasa lama juga la perap.. lagi lama lagi sedap la. 

8. Selepas anda yakin perapan itu sebati, panggangkan ikan salmon di atas dapur. Rasa dah masak. Hidangkanlah sebagai santapan tengahari.. sedap taw! cubalah.. 


Selamat Mencuba Resepi Air Tangan Bonda saya!

Teramat save budget! 

Sodap hingga menjilat jari..^_^ 


Salam sayang dari saya,

Faizah
0136625745


smile emoticon

14 comments:

Cik Jaja said...

untuk diet pun sesuai jgk salmon ni. lagi lagi grill punya. elok sgt!hehe

cikkyra90.blogspot.com said...

@suhaiza Suki itulah... banyak kebaikannya kan.. paling penting bukan kurus je, tapi boleh tambah kolagen dalam badan.. haha..

Lieya Von Jay said...

mmm dappp nyerrr salmon.. :) last makan salmon few weeks ago masa g ikea..:)

cikkyra90.blogspot.com said...

@lieya... wah bestnya gi ikea... lama tak pergi taw..

§ ✿ said...

It looked so sedapppp >.<

Aqilah Azmi said...

Kenapa salmon mahal :((( nak makan tetiap hari boleh tak kikiki

cikkyra90.blogspot.com said...

mahal sbb kebaikannya banyak... hihi... kolagen2.. :D

Nazihah@Jiha said...

sedapnya alahai...hihihi

Najwa said...

yummm!

sashimi salmon pun super sedap :D

Tasneem said...

emmm emmm tapau sikit :D

OKje said...

Menarik ni....teringin nak buat to salmon mahei

Aisya사쿠라♥ said...

tgk gmbr je dh terliur

Fairuz Aqilah said...

Erkkkk kenapaaaa terbaca bab salmon plkk masa amik mood nak tidur niii... Lapaq teruihh! :'O

Anem Arnamee said...

Nampak sedap! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...