Sunday, 7 August 2016

5 BAHAN ASAS RESEPI OVERNIGHT OAT


Sumber Google: Overnight Oat

Inilah Resepi yang saya sendiri teringin nak cuba ialah Overnight Oat. Dari sejak Ramadhan lagi ingin mencubanya tapi tidaklah berjaya menyediakannya. Hihi

Overnight Oat ini bermaksud Oat yang dibiarkan semalaman dan ianya bagus pada sesiapa ingin berdiet. 

Kebiasaanya Overnight Oat akan dimakan waktu sarapan pagi. Ada juga yang jenis tidak sempat makan di rumah dan dibawanya ke tempat kerja. Kalau dah bawa ke tempat kerja bolehlah kita berkongsikan kebaikan dan resepi Overnight Oat ini. 



Sumber Google: 8 Jenis Oat
 (5/6 sudu besar Roalled oat digunakan dalam membuat Overnight Oat)

Tadi masa search kat google image, saya baru tau rupanya oat ini berbagai-bagai jenis ye. Saya pernah juga bertanya kepada rakan saya yang pembuat cake mengenai Rolled Oat. Nak tahu juga apalah roalled Oat. Kata rakan saya, Rolled Oat mahal sikit. Betol ke ek?



Sumber Google: Bahan-bahan yang perlu ada dalam Resepi Overnight Oat


"5 BAHAN ASAS" 


Ini hasil saya menggoogle di image. 
Punyalah nak tahu Rolled Oat tu macamane. hehe
Lagi satu saya kan jenis kulit sensitif, so sumber organik memang kene letakkan no 1 dalam carta pilihan dan roalled oat antara oat yang lebih berkhasiat. 
Lepas ni boleh la pergi pasaraya yang ada sumber organik untuk mencari organik Rolled Oat kan?

Kebaikan Oat:

1. Oat Sesuai untuk semua orang dari kanak-kanak hingga warga emas
2. Oat ada serat baik untuk kurus dengan sihat. Maknanya di sini boleh elakkan sembelit dan buasir
3. Oat mempunyai pelbagai khasiat seperti kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E
4. Kurangkan kadar kolestrol. Salah satu komponen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan.
5. Rasa kenyang lebih lama
6. Sesuai untuk sarapan
7. Kurangkan risiko sakit jantung. Saintis mengesyorkan mengambil makanan bijirin seperti oat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung. 


“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James W Anderson, Professor Perubatan dan Pemakanan dari University of Kentucky.


8. Makanan mengenyangkan sehingga ke tengahari.


Sumber Google: 
(1/2 sudu besar Chia Seed digunakan dalam Overnight Oat)

Selain letak oat, ada juga yang saya buat research yang mereka suka meletakkan Chia Seed di dalam Overnight Oat. 

Kebiasaannya yang saya tahu orang nak kurus memang suka akan Chia Seed. Lepas ni moh la kita amalkan bersama. Lagi satu dikatakan mempunyai kandungan Omega-3 iaitu 8 kali lebih daripada ikan salmon, mengawal gula di dalam darah, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam -macam lagi.

Kebaikan Chia Seed:

1. Membekalkan tenaga dan stamina
2. Menguatkan sistem ketahanan badan (immune system)
3. Dapat membantu mengurangkan berat badan
4. Menstabilkan kandungan gula dalam darah
5. Membersihkan kolon
6. Membantu untuk detox kan badan daripada sisa toksin
7. Dapat cegah kanser
8. Baik untuk penghadaman 
9. Merawat masalah sakit otot
10. Membantu kita mendapatkan kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat.



DID YOU KNOW?Chia contains five times more calcium than milk, seven times more vitamin C than oranges, three times more iron than spinach , twice the pottasium content of banana and eight times more Omega 3 than salmon!



Sumber Google: Pemanis Semulajadi
(1- 2 sudu besar Madu diletakkan di dalam Overnight Oat)

Madu ini pun antara kehendak hati yang pertama. Masih juga saya tidak mencarinya. Bukan tak cari, mak yang cerewet sangat. Katanya nak beli madu, beli yang original. 
Almaklum kulit ini agak sensitif pada gula putih atau manisan. 
So kenelah cari madu organik gitu. 
Namun saya dah menjumpainya. 
Nanti saya share kalau saya dah beli :)


Kebaikan Madu Lebah:
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
5.  Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
6. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
7. Mengimbangi kandungan lemak 
8. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
9. Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
10. Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
11. Memulihkan penyakit berpanjangan.
12.  Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
13. Menyembuhkan penyakit dalam perut.
15.  Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
16. Memulihkan batuk dan lelah.
17. Menghindarkan badan letih dan lesu.
18. Kurangkan kesakitan bila datang haid.
19. Baik untuk perempuan bersalin.
20. Membantu/menerangkan pemandangan.



Sumber Google: (1 Cawan Susu Segar)

Kalau dilihat dua gambar ini, susu segar ni boleh juga  menggunakan seperti resepi dalam gambar ini. 

Kalau saya buat la, kemungkinan saya akan bereksperimen dengan produk shaklee seperti Mealshake, ESP atau Cinch Shake. 

Alang-alang Overnight Oat ini dikatakan bantu untuk kurus dan dapat kulit cantik. Apa kata gunakan sumber yang natural kan. Hehe. 

Eh ada juga saya buat research dari blog ke blog. Mereka mengatakan sebaiknya menggunakan susu yang tiada bahan pengawet dan susu segar dari ladang. Contohnya Farm Fresh. 



Sumber Google: 1-2 Sudu  besar yogurt asli

Hasil pemerhatian saya di google, ada juga yang mencadangkan menggunakan yogurt dari jenama FARM FRESH kerana ianya natural tiada bahan pengawet dan penambah perasa. Cuba lihat gambar ini pun menggunakan susu dari Farm Fresh. Manakala yang yogurt pula menggunakan natural Greek Yogurt. 

Setelah saya baca, ada juga yang kata jika menggunakan Greek yogurt ni oat akan jadi lebih pekat. 
Yeke ek?

Nampak tak betapa gigihnya saya mencari pandangan-pandangan luar sana yang menggunakan 5 bahan asas utama membuat Overnight Oat ini. 
Lepas ni saya dah ada entry ni senang sikit saya nak buat kan Overgnight Oat ini. :D
Haha. Bila nak buat pun tak tahulah.

Paling penting jika anda semua ingin mencubanya pastikan ada botol yang membolehkan anda menyimpanan semalaman di dalam peti sejuk. 

Semoga entry kali ini memberi manfaat buat anda di luar sana. :)

Kalau ada resepi best, sudi-sudi la komen di sini. hihi. 

atau 

inginkan Shaklee sebagai pelengkap Overnight Oat anda, boleh sahaja hubungi pada whatsapp saya 0136625745 atau PM terus ke FACEBOOK











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...