Monday 10 October 2016

PREBIOTIK USUS DENGAN MEALSHAKE

PREBIOTIK ITU APA? BOLEHKAH MEALSHAKE SEBAGAI IKHTIAR?

Prebiotik adalah nutrien dalam badan yang tidak diserap @ tidak dihadam. Prebiotik berguna kepada badan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan kita.

Prebiotik adalah baja kepada bakteria dalam usus. mengamalkan diet harian dengan pengambilan bijiran proses dan kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayuran akan menyebabkan pertumbuhan probiotik terbantut dan memudaratkan kesihatan.

Menurut kajian,penyakit yang mendapat manfaat dari prebiotik adalah kanser terutamanya kanser usus,kegemukkan,kencing manis,penyakit buah pinggang,keletihan,radang usus, masalah sistem imun, masalah penyerapan kalsium dan masalah alahan.

Prebiotik kebanyakkannya terdiri daripada karbohidrat yang tidak dihadam. satu lagi kumpulan prebiotik mudah larut dan tidak dihadam didapati secara semulajadi dengan banyaknya  pada Arabic Gum @ Acacia Gum iaitu sebanyak 85%.


Sumber Google



KAJIAN KE ATAS MANFAAT PREBIOTIK


Kesan Prebiotik telah disahkan secara saintifik. Banyak kajian keatas sampel najis dan microbiota pada dinding usus manusia menunjukkan ada makanan/bahan/supplement menukar komposisi bakteria dalam usus kepada bakteria baik (Probiotik) terutamanya Bifidobacteria, Lactobacillus dan mengurangkan bakteria penyakit seperti Clostridia dan Salmonella.

Hasil kajian dari penggunaan bahan-bahan kaya prebiotik ada menunjukkan modulasi kepada biomarker sistem imun host dan peningkatan dalam sistem imun ini dikaitkan kepada komposisi microbiota didalam usus yang telah berubah.

Kesan bayi yang diberi susu ibu kepada komposisi microbiota (terutama Bifidobacteria) telah disahkan dari kajian dan memang diketahui susu ibu mengandungi campuran oligosaccharides yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi.

Kajian keatas orang dewasa yang diberi prebiotik juga meningkatkan jumlah Bifidobacteria didalam najis dan usus. Peningkatan kualiti najis yang dikeluarkan, pengurangan masalah gastroenteritis (peradangan pada saluran pencernaan yang menimbulkan muntah, diare, atau keduanya dan kadangkala disertai dengan demam atau kram perut) , peningkatan tahap kesihatan, pengurangan ezema ektopik dikaitkan secara langsung kepada peningkatan bakteria probiotik hasil pengambilan produk atau makanana kaya prebiotik.

Ketidak seimbangan komposisi bakteria (probiotik dan patologik) dikenal sebagai salah satu sebab irritable bowel syndrome(IBS). Kajian pengambilan produk prebiotik keatas pesakit masalah IBS mendapati pengurangan tanda-penyakit dan peningkatan tahap kesihatan yang lebih baik.

Kajian kesan pengambilan prebiotik keatas insiden kanser usus mendapati ada pengurangan yang dikaitkan juga kepada pertambahan komposisi bakteria probiotik terutamananya Bifidobacteria.

Pengambilan produk prebiotik terutama oleh remaja dan juga wanita putus haid mendapati terdapat penambahan resapan kalsium dalam usus dan penggunaan kalsium pada tulang walaupun jika tiada perubahan yang dikaitkan kepada komposisi microbiota dalam usus. Resapan mineral seperti Magnesium dan zat besi(Fe) bertambah efisen.

Kesan baik(beneficial) kepada penggunaan tenaga(energy homeostasis), kawalan selera makan (satiety regulation) dan berat badan juga dilihat pada sampel kajian yang menggunakan produk prebiotik. Hipotesis kajian menunjukkan ada kaitan kegemukan dan penyakit kencing manis (type 2) dengan komposisi mikrobiota dalam usus. Kaitan prebiotik dengan peningkatan keupayaan resapan nutrisi melalui usus dan pengurangan endotoxemia juga telah dilihat..


Mealshake bolehkah sebagai Prebiotik usus? 



Iya boleh!


Kerana Mealshake didapati dari sumber Arabic Gum @ Acacia Gum @ Al-Manna sebagai fungsi kebaikannya iaitu Prebiotik usus. Patutlah bila ambil Mealshake Shaklee ini ramai yang dapat rasa kesan positive. 

Namun bukan itu sahaja, di dalam Vitamin C Shaklee juga mengandungi Arabic Gum @ Acacia Gum @ Al-Manna ini juga. Nanti tunggu saya up entry mengenai vitamin C dan makanan sunnah ini pula ye. :)



Oleh itu, saya telah pun bereksperimen dengan produk Mealshake ini demi kulit kombinasi ALAHAN + JERAWAT KRONIK yang saya hadapi. Hasil memang cepat jerawat itu sembuh dan saya rasa jerawat lebih malu muncul dan ditambah pula rasa gatal di muka makin sembuh. 

Tambahan lagi setiap kali saya mengambilnya, pasti akan membuang dengan cepat. Haha. Giler tak suka dengan produk ini. Saya rasa lebih ohsem bila ianya bergabung bersama Herblax, Alfafa dan Peppermint. Almaklum produk Mealshake ini kan kategori serat tinggi. 
Memang sesuai la untuk sesiapa yang sembelit

So sesiapa yang kategori mempunyai alahan kulit, boleh pilih produk Mealshake sebagai prebiotik dan jika mempunya jerawat besar-besar seperti yang pernah saya alami , add on sekali ESP untuk bantu mengurakan lagi keradangan kulit. Boleh baca ENTRY di sini.


Sumber Google: Makanan prebiotik yang anda boleh usahakan. 
Bawang putih tu boleh ambil garlic



TIDAK PERCAYA YANG MEALSHAKE BANTU UNTUK MEMULIH DAN MEMPERBAIKI KULIT?

Lihat dan baca yang saya letakkan testimoni  di sini. 

Beliau ini merupakan rakan saya ketika sama satu batch di Universiti. Kira saya kakak, beliau adiklah. Almaklumlah jarak umur. Adik perlu menghormati kakak. Haha. 

Jadi beliau sememang mengamalkan ESP sebelum ini untuk merawat resdungnya dan ini testimoninya. Actually ada cerita seram taw disebalik ini. 



Cerita seramnya bermula apabila beliau dimarahi oleh doktor kerana apa yang beliau ambil untuk mengubati resdungnya adalah ubat yang amat bahaya. Tahu tak bagaimana perasaan Anis ketika ini?

Kata beliau, beliau terkejut dan sentap seketika. Serius beliau tidak ketahui langsung ubat resdung yang dibelinya itu mengandungi bahan bahaya dan tatkala beliau menunjukkan ubat itu kepada doktor, apa lagi terus beliau dimarahi. Allahuakbar. 

Sudahlah ubat tersebut dibeli di kawasan tempat tinggalnya. Kata beliau lagi, Doc mengatakan bahawa ubat resdung yang dibelinya boleh menyebabkan mandul, period tidak teratur dan ubat itu hanya dimakan apabila saat kritikal untuk mati. Seram kan??

Ditambah pula rencah ayat doktor yang menginsafkan pun ada, sentap pun ada,

"u educated people why la x nak pergi jumpa doctor" 😅

Sentap kan? 

Memang agak mengejutkan apabila beliau menceritakan hal sebenar ini dan saya meminta beliau berkongsi gambar jenis ubat yang dibelinya. Namun, ubat tersebut sudah tiada dengannya. Sudah dibuang jauh-jauh. 

Kalau saya pun dengar dari mulut doktor ini pun, memang saya campak dah ubat tu. 

Oleh disebab itulah suami Anis ini mencadang untuk mencari supplement yang lebih baik. Jadi beliau pun teringat mengenai ESP. 

Suatu masa dahulu beliau pernah mengambil ESP. ESP memang memberikan kesan lebih baik kepada resdungnya seperti tiada mengalami kegatalan pada hidung dan muka.

Lagi satu kan,  saya memang kalau boleh ingin  suruh setiap customer saya refer dahulu pada doctor. Jika doctor mengatakan boleh makan supplement dan memberitahu doctor itu atas keinginan memakan supplement jenis apa. Macam saya yang ada pengalaman bertemu doktor pakar kulit, saya direct sahaja bertanyakan mengenai shakle. Haha. 

Pesan doktor kepada saya, "makan supplement boleh tapi minum air banyak-banyak". So apa lagi memang ON semua vitamin Shaklee seperti Nutriferon, vitamin C, Esp, zinc, Alfafa, herblax dan macam-macam lagilah. Haha. 

Tapi cerita Anis tidaklah habis di sini aja. Ada lagi cerita menariknya. Mari tengok dekat sini testimoni kedua daripada beliau sendiri. 




Nampak tak gambar sebelum. Kalau tak nampak tu memang kene makan Caratomax nampaknya. Haha ok gurau!

Ceritanya begini bermulanya. 

Selepas resdung beliau makin sembuh, beliau kontek saya sekali lagi kerana menghadapi masalah alahan. Saya fikir alahan kerana makanan seafood itu lagi. Mati-matian saya fikir dan tup-tup ketika itu Promo Mealshake. 

Alang-alang saya terbaca kebaikan prebiotik Mealshake ini yang dapat meningkatkan imunisasi kulit dan alahan, jadi saya cadangkan kepada beliau untuk atasi masalah ini. 

Tup-tup dekat FB beliau ada cerita kesedihan beliau mengenai kulit yang tidak boleh terkene cahaya matahari. Banyak kali saya mintak beliau cerita. Almaklumlah saya dah tahu serba sedikit permasalah beliau mengenai kulit dan mana tahu saya boleh bantu beliau lagi. 

Alih-alih Allah bukakan hatinya bercerita pada bulan ini dan ini hasil yang beliau dapat. Rupanya alahan yang disebabkan udara persekitaran tempat kerja. Ofis beliau bersebelahan dengan kilang simen. Jadi Anis pun menjadi keadaanlah. Ramai juga rakannya kene tapi rakannya hanya terkena alahan setakat di tangan sahajan jika dibandingkan dengan diri Anis yang efeknya hingga ke muka. 

Saya syak chemical dan udara dipenuhi habuk simen itulah yang menyebabkan Anis jadi begini. Sampaikan katanya cat kereta pun boleh tanggal. Allahuakbar. Bahaya betol tempat Anis bekerja ini, lagi-lagi kesihatan dalaman. 

Sebaik ada Shaklee, akhirnya kulitnya semakin sihat. Ini pula conversation yang beliau ceritakan dengan saya. 


Sebelum



Selepas: ESP + MEALSHAKE + HERBAL BLEND (HB)


Jika anda ada masalah seperti Anis, cepat-cepatlah atasi dengan ESP, MEALSHAKE & HERBAL BLEND.



6 FAKTA TENTANG MEALSHAKE


1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.



Jika anda berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee, hubungi saya dengan kadar segera. 




Shaklee Independent Distributor



Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...