Monday 14 November 2016

8 RAHSIA KHASIAT DISEBALIK WARNA BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Mari kita check pemakanan seharian saya semalam dengan 7 warna.



Sumber Google



Pisang- kuning
Buah naga- merah
Tembikai- merah
Tomato- merah
Sawi- hijau




ESP + Vitamin C adalah favourite vitamin yang saya suka. Ini antara salah vitamin yang saya amalkan. Ada lagi banyak sebenarnya vitamin yang saya ambil terutamanya SET IMMUNE yang tengah offer bulan ini. 



Gigih tak pemakanan yang saya makan selama 10 bulan ni? 
Jemu? ofcos jemu. Hehe. Tapi hadapkan jelah.
Demi kulitku, sanggupku redahinya.




Bila check ni, la tak cukup lagi rupanya 7 warna. Haha.

Alahai la anak Mak Cik Anor & Pak Cik Kamaruzaman ni kan.

Di sini nampaklah kita tak mampu nak cukupkan 7 warna seharian di dalam pemakanan kan? 

Makanya memang selayaknya Faizah kene amalkan dengan istiqomahnya dengan vitamin untuk bantu sihatkan kulit ini.

Wajib cukupkan bukan culas ya Faizah. Eh remind diri ke apa ni. Hehe.

Sebenarnya jerawat merupakan salah satu petanda yang dalam badan kita ini kekurangan mineral dan vitamin. 

Itulah sebabnya saya seimbangkan pemakanan dari buah-buahan dan juga topupkan lagi bersama vitamin.

Ni pun dah mula cheat day lagi pemakanan.  Memang kene insaf balik ni. Hehe.

Almaklum Faizah insan biasa yang selalu tergoda dengan makanan yang beri alahan. Sangat menyedihkan bukan?  



KENAPA KENE AMBIL 7 WARNA DALAM PEMAKANAN SEHARIAN?

Di dalam kelas Nutrisi baru-baru ini, Nutritionist shaklee menasihatkan kami untuk amalkan pemakanan dengan 7 warna dalam seharian. Tidak kisahlah samada dari buah-buahan dan sayuran. Sebaiknya seimbangkan dari segi buah dan sayuran. 

Hal ini warna-warna dari pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan khasiat yang pelbagai. Oleh itu dengan cara pemilihan 7 warna ini, memudahkan kita untuk seimbangkan pemakan harian dengan pemakanan serat seperti buah dan sayur. 

Namun ingin cukupkannya, saya sendiri tidak mampu. Tengoklah warnanya pun sama je. Haha. Tidak apa la kan asalkan saya dah berjaya membuat kejayaan kecil di dalam misi mengubah pemakanan harian saya. InsyaAllah. 

Jom kita lihat korek rahsia setiap warna yang ada pada buah-buahan dan sayur-sayuran di alam semesta ini. 



Sumber Google


8 RAHSIA KHASIAT DISEBALIK WARNA BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN



1. Berwarna merah
  • Mengandungi Lycopen yang bertindak sebagai anti oksida untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini dapat mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL, serta menghalang radikal bebas yang berbahaya. 
2. Berwarna Oren
  • Mengandungi Beta-carotine (salah satu sumber vitamin A) yang di perlukan oleh tubuh badan sebagai bahan immunisasi melindungi kulit dan sel-sel badan dari pencemaran bahan kimia dan alam sekitar.
3. Berwarna Kuning
  • Mengandungi vitamin C yang melindungi daripada jangkitan dan selesema, meningkatkan imunisasi badan serta pertumbuhan dan pembaikan tisu. Selain itu ia juga mengandungi potassium yang juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.
4. Berwarna Hijau
  • Mengandungi Folate yang membina sel-sel tubuh selain Indoles dan Lutein yang membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, kesihatan retina dan penglihatan. Ia juga mengandungi Allyl Sulfides yang bertindak menyerang sel-sel kanser
5. Berwarna Putih
  • Mengandungi banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko penyakit usus besar, payudara, dan kanser prostat serta menjaga keseimbangan hormon dan mengurangkan risiko kanser.
6. Berwarna Biru
  • Mengandungi Anthocyanins pula membantu untuk ­melindungi mata daripada ­zarah bebas yang berbahaya, melegakan mata yang letih dan memperbaiki peredaran darah.
7. Berwarna Ungu
8. Berwarna coklat/Brown
  • Mengandungi Fiber yang bertindak seolah-olah seperti span di dalam badan, menyerap segala bahan-bahan yang tidak dikehendaki - kolesterol jahat, lemak degil, lebihan gula (diabetes), dan juga lebihan asid urik (gout), dan lain-lain lagi. Dengan kata ringkasnya, Fiber sangat bagus untuk melawaskan sistem penghadaman kita. 

Sumber Google


Apapun jika anda tidak mampu untuk makan 7 warna dari buah-buahan dan sayur-sayuran, pastikan ambil Vitamin Shaklee secara konsisten. Vitamin Shaklee sememang produk dari sumber natural dan pemakanan sihat sangat ditekankan bagi memberikan kesan yang lebih laju dalam badan. 

Jom kita jaga kesihatan hari ini. :)



Jika anda berminat dengan produk Shaklee 
terutama sekali 


&




Jangan lupa untuk hubungi saya segera. 

Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya







2 comments:

Nadhie Wueen said...

nice info sis 😊

Nurhafizah said...

Wahhh! kita baru tau, hehe nice info :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...